Tuesday, June 22, 2010

Tiz Zaqyah cabar Fasha semuka



Ekoran kontroversi yang melibatkan pelakon Tiz Zaqyah,21 yang dikatakan mahu merampas kekasih kepada pelakon jelita Fasha Sandha, Tiz meluahkan mahu berdepan dengan pelakon itu.

Pengakuan itu dibuat baru-baru ini dalam satu majlis doa selamat filem Nur Kasih setelah dituduh sebagai penggoda kekasih orang. Tiz Zaqyah atau lebih mesra dengan panggilan Tiz terpanggil untuk berdepan dengan Fasha kerana mahu menyelesaikan segala kemelut yang melanda mereka.

Ia berpunca daripada luahan hati serta amaran Fasha melalui laman Twitter yang mahu wanita yang cuba mendekati kekasihnya agar menjauhkan dirinya. Walaupun tidak disertakan nama, namun ada suara-suara mengatakan wanita tersebut adalah Tiz kerana Fasha turut mengaitkan cerita Fizz Fairuz dan kekasihnya Almy Nadia.

Tiz memberitahu, kesediaannya bertemu Fasha Sandha bagi mendapatkan penjelasan daripada rakan baiknya itu sekali gus menjernihkan semula keadaan yang dikatakan semakin rumit.

Pada pertemuan dengan media, Tiz ternyata tenang dan hanya tersenyum menjawab segala kontroversi yang melanda dirinya.

“Macam mana boleh timbul cerita mengarut ni? Tiz tak fahamlah. Lebih memeranjatkan apabila ada wartawan yang menghubungi Tiz tanya fasal ni sedangkan Tiz memang tak tahu apa-apa.

“Pada mulanya, memang Tiz sedih sangat dengan cerita yang tak benar ni. Tapi sehari sahaja rasa begitu. Bila Tiz fikir semula, Tiz rasa lucu pula. Tambahan bila Tiz dah terangkan kepada kawan-kawan rapat,” katanya.

Tiz yang popular dengan watak Nur Amina dalam siri Nur Kasih ini, berkata dia berharap cerita tidak berasas ini dapat dihentikan kerana ia tidak kena mengena dengan dirinya.

Mengaku mengenali Jejai

Ditanya mengenai perkenalan dengan bekas suami pelakon Nora Danish, Tiz mengakui sememangnya mengenali jejaka itu.

“Ya, saya memang kenal Jejai. Tapi tidaklah mengenalinya secara mendalam. Kami hanya kawan biasa sahaja. Kami mula berkawan pada tahun ini. kami pernah keluar bersama-sama tapi bukan berdua sahaja, tapi beramai-ramai termasuk kekasihnya sekali.

“Disebabkan itu, saya tidak sangka hal ini boleh berlaku. saya juga menyangkal dakwaan yang mengatakan saya pernah menghubunginya seperti yang dihebahkan sebelum ini. macam mana nak telefon kalau nombor telefon pun dia pun tak ada.

“Entahlah, bila jadi perkara macam ni, ada teman-teman rapat saya mengatakan ada orang cuba memanipulasi hingga orang salah sangka terhadap saya. Biarlah apa orang nak cakap mengenai saya, kerana saya berada di tempat yang benar dan inilah masanya saya ingin membersihkan nama saya,” katanya lagi.

Malah, akui Tiz lagi, dia tidak perlu memikirkan perkara ini kerana ia masih sekiranya sesuatu perkara itu benar-benar boleh menjejaskan nama baik keluarga atau sampai ke tahap menutup periuk nasinya barulah dia tampil mempertahankan diri.“Banyak lagi perkara yang mustahak dan patut diberi keutamaan terutama kerjaya seni yang baru dibina,” katanya.

1 comment:

  1. fasha tu sondal...jejai tu pulak dah kemaruk sangat.mcm la hensem sangat.nanti perut dah buncit kna tinggal baru tahu mcm dia buat kat x wife dia.kesian kat anak dia ada bapak mcm tu.si fasha pulak show off mcm la dia MISS WORLD tp sebaliknya MISTRESS.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: