PATTAYA - Beberapa penduduk tempatan menangkap tiga pondan yang telah menyeluk saku seorang rakyat Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pegawai polis, Kapten Narongdet Tanaphoonsin diberitahu oleh seorang penduduk tempatan bahawa tiga pondan telah ditangkap selepas mereka mencuri wang daripada seorang warga asing di sebatang jalan raya.
Setiba di tempat kejadian, pegawai polis itu mendapati sekumpulan orang ramai melihat tiga pondan tersebut yang telah ditangkap semalam.
Ketiga-tiga pondan itu dituduh mencuri wang tunai sebanyak 1,600 bath (RM160) daripada warga Britain, Neil Front.
Warga Britain itu dalam satu laporan polis menjelaskan, semasa dia meninggalkan sebuah bar dalam keadaan mabuk, tiga pondan tersebut menyentuh tubuhnya dan menawarkan perkhidmatan seks.
Salah seorang pondan itu dituduh mencuri wang di poket belakang seluarnya sebelum mereka melarikan diri.
Namun, beberapa penduduk tempatan membantu menangkap ketiga-tiga pondan itu selepas mendengar jeritan warga Britain tersebut yang meminta pertolongan. selepas dirompak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: