CAMBRIDGE - Sekumpulan pelajar Kolej Sidney Sussex Universiti Cambrige mengambil masa seminggu untuk mencipta terusan sepanjang 200 meter yang menggunakan 333,116 liter air bagi membolehkan mereka berdayung perahu, lapor sebuah akhbar semalam.
Para tetamu berpeluang menaiki perahu di laluan air buatan itu yang mengalir ke dalam kolam bersaiz 20 meter x 20 meter di tengah-tengah kawasan kolej, baru-baru ini.
Pelajar ijazah kedoktoran, Adam Lawrance-Owen dan Rob Weatherup mengambil masa selama berbulan-bulan untuk mencipta sungai itu sebelum disiapkan dalam tempoh lebih seminggu melibatkan sepuluh orang pelajar lain.
Mereka membelanjakan sebanyak £5,000 (RM24,207) untuk membina terusan berbentuk U itu yang menggunakan perancah dan pelapik plastik.
Sebanyak lapan buah perahu telah digunakan untuk membawa 1,200 orang tetamu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: