Saturday, June 12, 2010

Tiga lagi ditarik gelaran Datuk




JOHOR BAHRU - Wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir merupakan antara tiga lagi individu yang ditarik balik darjah kebesaran oleh Sultan Johor.

Dua orang yang turut dikenakan tindakan sama ialah Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.

Sebelum ini, tindakan yang sama diambil terhadap bekas Menteri Kesihatan merangkap Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Chua Jui Meng.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, tindakan terbaru ke atas Sharifah Mazlina dan dua lagi diambil pada 4 Jun lalu mengikut Fasal 12 Undang-Undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Beliau berkata, pihaknya telah menimbang laporan terhadap beberapa Ahli Darjah Mahkota Johor dan bersetuju menasihatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar supaya melaksanakan kuasa menarik balik darjah kebesaran tersebut yang dinilai menerusi kesetiaan, kemuliaan dan perkhidmatan individu terbabit.

"Lazimnya, pihak kami tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung penarikan darjah kebesaran kerana melibatkan maruah selain tidak dapat menyatakan sebab sebenar kerana terletak pada kuasa Sultan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: