Wednesday, June 16, 2010

Tiba masanya kahwin juga

Ayu Raudhah
Ayu Raudhah
CERITA mengenai hubungannya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha bukanlah perkara baru. Ia sudah tidak menjadi bualan hangat walaupun tiada pengakuan terbuka daripada si empunya diri, Ayu Raudhah.

Namun, daripada tutur katanya, pelakon drama TV ini seakan-akan tidak menafikan hubungan itu. Malahan dia sendiri sudah membayangkan kesediaannya untuk menamatkan zaman solo bersama jejaka pilihannya itu. “Kalau ikutkan kesediaan dan naluri wanita, memang Ayu sudah sedia untuk berkahwin. Kalau diizinkan Tuhan, Ayu bersyukur dapat memiliki lelaki sebaiknya seperti dia (Zaquan).“Tapi kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Kami berharap ada jodoh untuk disatukan,” kata Ayu secara berlapik apabila memperkatakan status hubungan dengan lelaki pilihannya.

Adik kepada Rozita Che Wan membuat penjelasan itu apabila ditanya Hip kononnya dia bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. Namun, pengakuan itu masih tidak jelas.

“InsyaAllah, yang pasti kalau apa yang dirancang menjadi dan sah, Ayu tidak teragak-agak untuk memberitahu rakan media. Tak kiralah untuk majlis pertunangan atau pernikahan sekalipun. Bukan berniat untuk bermain teka-teki kerana hakikatnya Ayu sendiri tak mempunyai jawapan pasti.

“Ya atau tidak, Ayu biarkan ia menjadi tanda tanya dulu. Kita sebagai manusia hanya merancang kerana pada akhirnya semua berbalik kepada restu Yang Maha Esa. Apa yang boleh Ayu katakan, kami tengah berbincang dan belum pasti bila tarikh akhirnya.
“Urusan yang baik, Ayu takkan selindung. Dengan kesibukan Ayu dan dia dalam bidang masing-masing, ada kalanya kita terpaksa bertolak ansur dalam banyak hal. Apa yang kita impikan juga barangkali tak dapat dicapai tahun ini.

Tengoklah macam mana. Hanya masa yang akan menentukan,” kata Ayu yang sedikit terkejut apabila kisah ini dapat dihidu oleh media, termasuk Hip.

Mengenai perkembangan kerjaya seninya, Ayu berkata, dia bersyukur kerana sehingga kini masih terus menerima tawaran berlakon.

Terbaru dia membintangi drama 13 episod, Janji Kekasih arahan Feroz Kadir. Drama itu turut menampilkan Jue Aziz dan Fezrul Khan.

“Selain itu, Ayu juga bakal membintangi filem keduanya iaitu Nur Kasih. Setakat ini pihak produksi meminta Ayu melapangkan masa pada bermula minggu kedua bulan ini. Ayu belum tahu lagi berapa banyak watak membabitkan diri sendiri.

“Ayu difahamkan latar masa untuk versi filem ini ialah lapan tahun kemudian selepas berakhirnya versi drama. Kita tunggu sajalah perkembangannya nanti.

“Ayu teruja juga untuk meneruskan kesinambungan Nur Kasih. Tak sabar juga untuk kembali berlakon di bawah arahan Kabir Bhatia dan pelakon yang lain,” kata Ayu yang sering kali mendapat tawaran watak bertudung untuk drama yang dilakonkannya.

1 comment:

  1. wah.. ber ipar dgn rita rudaini la pasni..
    jom melekat lekit kat blog http://lekatlekitgurl.blogspot.com/

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: