Monday, June 28, 2010

Tanding bergaduh guna bantal


BEBERAPA orang menyertai pertandingan bergaduh menggunakan bantal pada Festival Glastonbury di sini semalam.


PILTON, England - Sejumlah pengunjung menyertai pertandingan bergaduh dengan menggunakan bantal pada Festival Glastonbury di sini semalam.

Sempena dengan ulang tahun ke-40 festival itu, ramai artis dalam industri muzik menyertainya termasuk penyanyi buta, Stevie Wonder dari Amerika Syarikat, Shakira dan Snoop Dogg.

Pengunjung-pengunjung sanggup berkhemah di kawasan padang bagi melihat pelbagai persembahan muzik termasuk daripada band Gorillaz yang terkenal dengan lagu-lagu bercirikan alternatif rock.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: