SURIA FM dan Red FM menganjurkan “Bola Fever Bersama Media 2010” yang bertempat di Pacific Regency Hotel Suites semalam bagi meraikan serta sebagai tanda penghargaan kepada semua para media di Malaysia yang telah banyak memberikan sokongan kepada kedua-dua buah stesen radio tersebut.
Acara itu diadakan sempena Piala Dunia.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM & Red FM, Azrullah Md Nor, pihaknya akan berusaha lebih keras untuk memberikan yang terbaik dengan menghidangkan lebih hiburan kepada pendengar.
Selain itu, katanya, pihaknya akan terus memperbaiki kualiti termasuk dari segi kandungan program yang disiarkan dengan sentuhan inovasi dan kreativiti.
"Semangat yang jitu disamping komitmen yang tinggi merupakan antara faktor yang membantu Suria FM dan Red FM berjaya melangkaui corak penyiaran konvensional sedia ada.
"Kesungguhan stesen dalam menyalurkan konsep interaktif yang lebih dekat dengan pendengar berjaya menghasilkan kombinasi platform media digital, siaran ‘infotainment’ serta aktiviti luar yang dianjurkan,” katanya.
Tahun 2010 merupakan tirai pembukaan tahun yang cukup bermakna buat Suria FM dan juga Red FM kerana kini kedua-dua stesen radio ini telah bergabung di bawah satu pengurusan.
Perubahan terbesar yang dilakukan dalam konteks kandungan program khasnya dari segi barisan penyampai serta susunan program terbaru, selain strategi promosi berterusan yang lebih agresif, ternyata membawa kepada kejayaan cemerlang yang telah dicatatkan.
Terbaru, Suria FM kembali membuat kejutan dan perubahan yang terbesar dengan menukar tagline kami. Kami tidak lagi menggunakan tagline “ Muzik Terbaik Tanpa Henti” tetapi telah menukarnya kepada “ Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru” yang telah dikuatkuasakan pada 7 Jun yang lalu.
Red FM memperbaharui kandungan programnya supaya menjadi lebih kuat dengan membawakan segmen baru Red FM iaitu Carta 40 dan 104 Minit Marathon. Ini adalah janji Red FM dalam memberikan Muzik Terbaik kepada pendengar setianya.
Sejak mula Suria FM beroperasi secara rasmi pada 24hb November 2007, tahun 2010 ini Suria FM telah berjaya melakar sejarah dengan peningkatan jumlah pendengar tertinggi di Malaysia.
Berdasarkan keputusan terkini Ac Nielsen, Suria FM berada di tangga keempat bagi stesen radio berbahasa Melayu dan kedudukan kelapan bagi stesen keseluruhan.
Manakala Red FM yang berusaha keras untuk menguasai pasaran radio berbahasa Inggeris telah meningkat dengan 15% kenaikan pendengar dari tahun ke setahun.
Pendengar dikalangan golongan profesional, seperti pengurus, eksekutif dan pengusaha telah meningkat sebanyak 59%. Red FM Breakfast Show pula telah mencatatkan peningkatan masa mendengar yang tertinggi diantara semua segmen pagi dengan jumlah 1.6 jam seminggu.
Perolehan hasil pengiklanan bagi bulan Januari dan Februari 2010 telahpun Berjaya melebihi sasaran jualan.
Perolehan suku pertama telah Berjaya mendapat 95% daripada sasaran jualan. Prestasi yang baik meransang lagi kedua-dua buah stesen radio ini untuk lebih giat aktif dalam menjalankan aktiviti untuk mendekatkan lagi kepada pendengar setia khasnya.
Suria FM dan Red FM telah mengatur pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun ini yang melibatkan pendengar. Antaranya ‘siri jelajah Suria FM Rancak Tour’ dan yang terdekat ialah pada 26hb Jun di Ipoh dan 27hb Jun pula, di Terminal One Seremban.
Ia akan disusuli dengan Konsert Kemuncak Suria FM yang akan mengenengahkan nama nama besar dalam industri hiburan tanahair. Konsert sehari yang berkonsepkan carnival ini akan berlangsung pada 24hb Julai ini di Presint 2, Putrajaya .
Red FM turut mengatur pelbagai aktiviti istimewa antaranya ‘Love Classifieds’ dan ‘People’s Voice Carnivals’ yang melibatkan ‘krew red ryders’.
Aktiviti berbentuk kemasyarakatan ini akan dijalankan sepanjang tahun. Sambutan sempena pesta ‘World Cup 2010’ juga akan diraikan sekitar jun ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: