Thursday, June 10, 2010

Super Junior mahu kekal lama


Super Junior


MESKIPUN hadir dengan pakej lengkap - wajah tampan dan berbakat - tetapi itu bukan bererti kumpulan Super Junior dapat kekal lama dalam industri muzik.

Muncul dengan album pertama pada tahun 2005, kini Super Junior dikatakan sebagai sebuah kumpulan penyanyi yang sudah mencapai tahap matang, tambahan pula beberapa anggota Super Junior hampir mencecah usia 30 tahun.

Malah pada tahun lepas sahaja, pelbagai masalah dan kontroversi timbul yang secara tidak langsung menyebabkan beberapa anggota asal Super Junior hilang dari radar industri hiburan. Kini mereka sibuk mempromosikan album keempat berjudul Bonamana.

Kata Hee Chul: "Saya dan Lee Teuk kini berusia 28 tahun. Saya tahu di luar sana ramai penyanyi muda dan baru sedang meningkat naik. Namun, saya mahu Super Junior berkekalan selama yang mungkin.

"Kami banyak menyertai program televisyen dan saya mahu berada di atas pentas persembahan setiap kali kami muncul dengan album baru."

Walaupun masih dilihat sebagai penyanyi berkumpulan lelaki paling popular di Asia dan hidup dalam kemewahan tetapi kadang kala mereka terpaksa berlakon di depan khalayak untuk menyembunyikan rahsia tersirat dalam Super Junior.

"Sangat susah untuk saya apabila saya terpaksa senyum walaupun ketika menghadapi situasi yang sukar. Contohnya ketika kami muncul dalam program hiburan.

"Secara jujur saya sangat terkejut apabila dapati Han Kyung telah keluar daripada Super Junior dan dia mempunyai kes di mahkamah. Tetapi sejak tempatnya kosong, saya selalu berfikir alangkah bagus jika dia masih bersama kami.

"Kang In pula tidak dapat bersama atas beberapa masalah tetapi dia masih memantau setiap persembahan kami. Saya dan teman-teman yang lain akan buat yang terbaik supaya Super Junior kekal sehingga setiap anggota asal boleh sertai kami semula," kata ketua Super Junior, Lee Teuk.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: