Tuesday, June 15, 2010

Rumah haiwan Imran Khan


IMRAN KHAN


PELAKON Imran Khan merupakan salah seorang selebriti yang terkenal dengan sikap pencinta flora dan fauna. Sebagai pencinta alam, Imran mendorong Mumbaikars menghadiri Hari Alam Sedunia. Dengan hati terbuka juga aktor ini menanam pokok di taman Sanjay Gandhi.

Dalam masa yang sama, Imran telah berjanji akan menyokong Gaia Conservation Foundation yang ditubuhkan pada September tahun lalu yang merupakan organisasi bukan kerajaan yang membawa moto: 'Menyedarkan semua umat untuk menanam pokok'.

Di samping itu, Imran juga bercadang membina tempat perlindungan untuk haiwan di Alibaug, India.

"Saya mempunyai tiga haiwan yang tidak mempunyai tempat perlindungan di rumah saya.

"Saya mempunyai satu ekor anjing dan dua ekor kucing, tetapi mereka tidak mempunyai tempat di rumah saya. Jadi saya bercadang untuk membina tempat perlindungan haiwan di tanah Alibaug yang saya beli dan telah meminta arkitek saya untuk melukis pelan berkenaan," katanya.

Menurut Imran lagi, sebaik rumah haiwan tersebut siap didirikan, dia dengan rela hati akan menerima haiwan yang tidak mempunyai tempat perlindungan dan berlindung di rumah tersebut.

Sementara itu, Imran yang prihatin terhadap alam, telah membuat satu pembaharuan dengan menukar penggunaan tenaga elektrik kepada tenaga suria di kediamannya.

"Saya dalam proses mengubah suai rumah dengan mementingkan tenaga semula jadi iaitu tenaga suria dan sistem penapisan air hujan.

"Ia bukan sahaja mengurangkan bil elektrik tetapi boleh menjimatkan kuasa elektrik dan wang," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: