Sunday, June 27, 2010

Robert Pattinson Perlu 11 Pengawal Untuk Halang Peminat

Aktor Robert Pattinson (kiri) dan Kristen Stewart hadir ke Summit Entertainment's "The Twilight Saga: Eclipse" di L.A. Live's Nokia Theater pada 24 Jun 2010.

ROBERT Pattinson memerlukan khidmat 11 pengawal untuk melindunginya daripada peminat fanatik, kata pelakon pembantu filem Twilight, Kellan Lutz.

Pelakon Britain yang melonjak naik menerusi watak pontianak, Edward Cullen memerlukan perlindungan sepanjang masa dari peminat fanatik.

Ini kerana peminat pelakon itu sanggup berkhemah di Los Angeles sejak Isnin lalu, iaitu empat hari sebelum tayangan perdana The Twilight Saga:Eclipse semata-mata untuk melihat pelakon kesukaan mereka.

Bagaimanapun, Lutz menegaskan Pattinson masih seperti orang yang dikenalinya dahulu.

Lutz yang berasal dari Amerika Syarikat memberitahu majalah Parade: “Kami semua masih orang yang sama, dan adakalanya lucu melihat bagaimana kehidupan berubah di sekeliling kami.

“Ia seperti apabila peminat menghampirinya, anda boleh melihat kehadiran seorang pengawal dan tiba-tiba ia akan bertambah.

“Ia sesuatu yang gila apabila memerlukan pengawal tetapi Rob (Robert Pattinson) perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Dia seorang yang popular dan insan yang baik. Kami menyukainya kerana dia tidak pernah berubah sikap," kata Lutz.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: