Friday, June 18, 2010
Ramlah Ram reda
Hati siapa yang tidak pilu pada saat mahligai perkahwinan yang dibina akan roboh, tambahan pula ia mampu bertahan lebih kurang 10 tahun lamanya.
Krisis rumah tangga yang dialami oleh penyanyi popular dengan lagu Kau Kunci Dintaku Dalam Hatimu, Ramlah Ram bersama pasangannya Kamal Roslim ini dikatakan tidak boleh diselamatkan lagi hingga menuntut mereka memfailkan penceraian.
“Sehingga kini belum ada apa-apa keputusan lagi daripada pihak mahkamah dan saya juga masih dalam proses menunggu. Jadi saya tidak boleh menerangkan dengan lebih terperinci soal ini,” katanya yang tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan.
Ramlah turut menegaskan, jika keputusan rasmi sudah diperolehi, pastinya dia tidak teragak-agak mengumunkan perkara ini agar segala spekulasi terhadap dirinya tidak lagi dipersoalkan.
Sementara itu, Ramlah sendiri mengakui bahawa di dalam kehidupan rumah tangga sememangnya terjadi salah faham.
Kerana itu Ramlah lebih suka menggunakan pendekatan untuk berbincang dulu agar ianya tidak berkesudahan dengan penceraian.
Namun disebabkan sudah tidak ada persefahaman lagi antara mereka jadi perpisahan merupakan jalan terbaik bagi untuk meneruskan kehidupan masing-masing.
“Saya sangat sayangkan perkahwinan saya kerana itu saya sentiasa berbincang bagi mengelakkan pergaduhan. Ini adalah cara terbaik yang saya boleh lakukan. Sedaya upaya kami telah pertahankannya tetapi jika tidak ada jodoh hendak buat macam mana.
Saya boleh terima ini semua. Andai perpisahan terjadi saya terima dan reda sebab keputusan itu datang dari kami sendiri. Dalam masa yang sama saya dapat menghormati hak peribadi saya sendiri. Apa pun ini saya tidak akan menuding jari pada sesiapa. Ini kerana perkahwinan ini pun bukan atas paksaan sesiapa tetapi kasih sayang yang terbina setelah sekian lama berkawan,” katanya dengan lebih lanjut.
Dalam pada itu, dia tidak melulu dalam mengambil keputusan ini kerana turut mengambil usaha menjalani sesi kaunseling sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: