Bapa Tharmendran, N Nagarajah, 71, hadir ditemani peguamnya, N Surendran serta Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne, kira-kira jam 11.20 pagi sebelum keluar kira-kira 25 minit kemudian.
Dalam laporan itu, Nagarajah mendakwa anaknya diseksa secara mental dan fizikal oleh dua pegawai TUDM berpangkat Mejar ketika proses siasatan terhadap anaknya pada Julai tahun lalu di Kem Sungai Besi.
Menurutnya, dua pegawai berkenaan didakwa melayan anaknya dengan kejam selain memaksanya untuk mengaku mencuri bukan saja dua enjin pesawat terbabit, tetapi turut bertanggungjawab dalam kehilangan pelbagai alat ganti pesawat milik TUDM.
“Ketika proses siasatan dibuat, seorang pegawai itu mengarahkan anak saya (Tharmendran) menanggalkan seluar dalam yang dipakai, manakala penyaman udara dipasang secara kuat.
“Pegawai itu kemudiannya, mengugut akan memukul anak saya dengan kayu golf sekiranya dia enggan mengaku melakukan semua perkara itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: