KUALA LUMPUR - Adakah anda seorang penuntut di institusi pengajian dan memiliki idea untuk membantu masyarakat menerusi bidang perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk merealisasikannya?
Ia boleh dijayakan menerusi program Cabaran Usaha Niaga Sosial (Social Venture Challenge) anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) yang akan berlangsung selama tiga bulan mulai 1 Julai ini dengan tawaran hadiah berjumlah RM100,000.
Pengurus Besar dan Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning berkata, pemilihan pemenang program itu akan bersandarkan kepada idea perniagaan keusahawanan yang terbaik dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada masyarakat.
"Social Venture Challenge merupakan platform kepada penuntut untuk mengetengahkan kreativiti, inovasi dan nilai keusahawanan mereka.
"Melaluinya, ia akan membangunkan kemahiran menguruskan perniagaan yang strategik di samping membantu mereka memberi komitmen yang sepenuhnya dalam aspek sosial," katanya pada majlis pelancaran program itu di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: