Monday, June 21, 2010

Polis Britain siasat kes kamera intipan di hotel


CAROLINE NOKES


LONDON - Polis menonton rakaman video aksi seks wakil rakyat Britain dari parti Konservatif, Caroline Nokes bersama kekasih gelapnya selepas sebuah kamera rahsia ditemui di bilik hotelnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berusia 37 tahun itu terkejut menemui kamera tersebut yang terjatuh dari siling sebelum dia meninggalkan hotel berkenaan selepas selesai beraksi di ranjang bersama seorang ahli majlis tempatan yang 10 tahun lebih muda, James Dinsdale baru-baru ini.

Nokes mempunyai seorang anak perempuan berusia 11 tahun bersama suaminya Marc, 42 menyambut hari ulang tahun perkahwinan ke-15 mereka baru-baru ini. Dinsdale juga sudah berumah tangga.

Beberapa hari selepas kamera video itu diserahkan kepada polis, berita tentang hubungan sulit mereka terpampang dalam sebuah akhbar mingguan tempatan.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suami dan anak perempuan saya kerana sokongan mereka di sebalik apa yang berlaku. Saya juga berjanji akan telus dalam apa jua yang saya lakukan selepas ini," kata wanita itu di laman webnya.

Sementara itu, ahli-ahli politik Britain kini bimbang kehidupan peribadi mereka dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengaut keuntungan susulan penemuan kamera rahsia tersebut.

Kebimbangan itu meningkat kerana semakin ramai wakil rakyat memilih untuk tinggal di hotel-hotel di London sewaktu sidang Parlimen setelah elaun rumah kedua mereka dikurangkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: