Monday, June 21, 2010

Button saman Mercedes lebih RM4.8 juta


KERETA Formula 1 BGP 001 yang dipandu Button pada 2009.


LONDON - Bintang lumba kereta Formula Satu (F1) Britain, Jenson Button menyaman Mercedes lebih AS$1.48 juta (RM4.8 juta) kerana enggan menghadiahkan kereta lumba yang dipandunya sehingga bergelar juara dunia F1, lapor sebuah akhbar semalam.

Button berkata, pasukannya, Brawn GP yang kemudian dibeli oleh Mercedes, bersetuju dalam kontrak mereka untuk memberikannya kereta lumba F1, BGP 001 berharga lebih £1 juta jika dia berjaya menjuarai perlumbaan F1 pada 2009.

Button, 30, mahu menyimpan kereta yang mampu memecut 100 kilometer sejam km/h kurang dua saat itu sebagai tanda kenang-kenangan kerana menjuarai perlumbaan F1 2009.

Dia mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi London pada April lalu setelah tidak menerima kereta itu beberapa bulan selepas bergelar Juara Dunia F1 tahun lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini, seorang jurucakap Button berkata, pelumba itu akan mendapat kereta berkenaan dari Mercedes tidak lama lagi. Kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikan pertikaian mereka di luar mahkamah.

Pelumba yang menggemari kereta mewah dan wanita cantik itu menjual kereta Bugatti Veyron miliknya pada harga £900,000 (RM4.3 juta) tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: