Friday, June 18, 2010

Pindah wang melalui Maxis

KUALA LUMPUR - Maxis Berhad (Maxis) dengan The Western Union Company (Western Union) melancarkan program perintis perkhidmatan pindahan wang mudah alih.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal Van Overbeke, perkhidmatan itu akan membolehkan para pelanggan perkhidmatan prabayar Hotlink dan pascabayar Maxis menghantar wang ke lebih 370,000 ejen Western Union di 200 buah negara dan wilayah.

"Perniagaan mudah alih merupakan sebahagian daripada hala tuju perniagaan kami dan Maxis berminat untuk bekerjasama dengan syarikat terkemuka seperti Western Union dalam membina sebuah ekosistem yang berpotensi mengubah kehidupan pelanggan kami.

"Ini dapat dilihat dalam kemudahan terbaru kami yang menawarkan akses mudah terhadap perkhidmatan pindahan wang global," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: