|
|
JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Pembukaan kejohanan Piala Dunia yang pertama kali dilangsungkan di Afrika berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriah dengan dihadiri hampir 85,000 penonton, namun turut dihantui dengan sedikit kisah sedih ekoran ketiadaan Nelson Mandela.
Orang ramai sekitar Soccer City yang berada di antara Johannesburg dan Soweto ternyata begitu gembira dengan bunyi hon kereta malah ratusan penari Afrika dengan berlatar belakangkan warna hijau, merah dan kuning membanjiri jalan-jalan bagi meraikan kejohanan yang berlangsung selama sebulan itu.
Kebanyakan penyokong yang memakai jersi kuning 'Bafana Bafana', jersi pasukan tuan rumah. Hanya terdapat segelintir sahaja mereka memakai jersi hijau yang merupakan penyokong Mexico.
Namun, kegembiraan itu terganggu apabila mereka mendapat berita bahawa Nelson Mandela, pejuang anti-aparteid dan bekas presiden, tidak dapat menghadirkan diri pada majlis pembukaan.
Mandela yang berusia 91 tahun membuat keputusan tidak menghadirkan diri selepas cicitnya yang berusia 13 tahun terbunuh dalam satu kemalangan kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menonton konsert Piala Dunia, malam semalam.
Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, telah menyampaikan mesej Mandela kepada penonton dengan berkata:''Perlawanan telah bermula. Anda semua perlu menikmati perlawanan.
Kehadiran Zuma turut disertai oleh Presiden FIFA, Sepp Blatter, yang mengakui Piala Dunia ini merupakan satu detik bersejarah kepada Afrika dan menambah ''Semangat Mandela ada di dalam Soccer City bersama anda semua.
Beberapa tokoh anti aparteid termasuk bekas isteri Mandela, Winnie dan Archbishop Desmond Tutu turut hadir dalam majlis tersebut.
Bekas Presiden Afrika Selatan, F.W De Klerk, yang pernah berkongsi hadiah Nobel Keamanan bersama Mandela selepas setuju mengadakan rundingan menamatkan penguasaan kaum minoriti kulit putih, turut hadir.
Tokoh kenamaan lain yang hadir ialah Presiden Mexico, Felipe Calderon dan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: