ORLANDO (Florida): Persoalan bagaimana kesudahan perceraian antara pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods dan isterinya, Elin kini menjadi satu isu teka-teki di kalangan pelayar Internet.
Berapa banyak bayaran penyelesaian perceraian itu? Di manakah perceraian itu akan difailkan? Bilakan ia boleh difailkan? Apakah yang akan terlibat? merupakan antara persoalan yang dilontarkan oleh para pelajar internet.
Realitinya, jawapan kepada persoalan tersebut mungkin tidak sekompleks itu.
Undang-undang telah menyediakan garis panduan yang wajar untuk para pasangan yang bercerai dan pasangan tersebut mempunyai pilihan untuk tidak mendedahkan maklumat-maklumat yang dianggap bersifat peribadi kepada umum.
Internet telah menjadi tempat orang ramai bercakap mengenai gosip skandal seks Tiger Woods sejak pemain golf itu terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan sukan pelbagai guna (sport utility vehicle - SUV) di luar rumahnya di Florida pada November tahun lalu.
Kemalangan itu telah mendedahkan bagaimana pemain golf itu berlaku curang terhadap isterinya, Elin dengan menjalin hubungan seks dengan pelbagai latar belakang wanita yang kesemuanya berambut perang.
Sekiranya perceraian berlaku, menurut beberapa peguam berprofil tinggi, terdapat beberapa pilihan untuk kedua-dua pihak.
Pasangan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun dan seorang anak lelaki berusia setahun berkemungkinan akan mendaftarkan perceraian mereka di Florida.
Ini kerana kediaman rasmi mereka terletak di Florida.
Sweden, iaitu tempat asal Elin, bukan merupakan tempat yang sesuai untuk bercerai kerana negara tersebut mempunyai kadar cukai yang tinggi yang akan dituntut hasil daripada wang dan harta sepencarian yang bakal diperolehi oleh Elin.
Begitu juga di California, tempat mereka mempunyai sebuah rumah.
Bagaimanapun di Florida, pihak yang ingin bercerai tidak perlu memberikan sebab-musabab untuk mereka berbuat demikian.
Mereka hanya perlu memberitahu hakim bahawa perkahwinan mereka 'tidak dapat diselamatkan lagi'.
Florida turut mempunyai undang-undang "pembahagian (harta benda) secara sama-rata" dan ia tidak dikenakan cukai.
Seperkara yang dipersetujui semua pihak ialah Elin akan mendapat habuan yang besar melalui perceraiannya dengan Woods.
Bagaimanapun, sekiranya tidak terdapat perjanjian pra-perkahwinan, dia cuma memperolehi separuh aset Woods sejak mereka berkahwin dan bukannya separuh daripada nilai bersihnya, dianggarkan pada AS$600 juta (RM1.9 bilion) tahun lalu.
Woods memperolehi sebahagian besar kekayaan itu sebelum perkahwinan mereka pada 2004.
Oleh itu, jumlah tersebut berkemungkinan besar adalah lebih sedikit daripada yang dianggarkan.
Sementara itu peguam yang popular dengan kes-kes perceraian berprofil tinggi, Mayanne Downs berkata;
"Jika saya diminta menasihati Elin, saya akan mencadangkan kepadanya supaya menuntut wang tunai, wang tunai dan wang tunai. Tiger berkemungkinan besar masih terus mampu meraih wang tunai dalam kerjayanya. Elin tidak mempunyai keupayaan itu."
Dan sekiranya dia menasihatkan Tiger?
"Selesaikannya dengan cepat dan senyap," ujar Downs.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: