Friday, June 4, 2010

Penonton Melayu Astro bertambah




KUALA LUMPUR - Astro All Asia Networks Plc (Astro) menyasarkan pertumbuhan berganda dalam segmen penonton televisyen Melayu pada tahun ini ekoran kejayaannya mencatat penguasaan pasaran sehingga 16 peratus dalam segmen berkenaan tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan (gambar) berkata, bagi mencapai misi berkenaan Astro akan meningkatkan lagi usaha dan pelaburan untuk membangunkan isi kandungan program tempatan itu.

Menurutnya, saluran Astro Prima, Astro Oasis dan Astro Ria merupakan penyumbang utama pertumbuhan tersebut dengan masing-masing mencatatkan peningkatan 33 peratus, 25 peratus dan 21 peratus.

"Selain hanya menyediakan pelbagai kandungan menarik yang memenuhi cita rasa pelanggan, kami akan terus menyediakan program yang berdaya saing dengan penggunaan teknologi terkini," katanya kepada pemberita selepas majlis Astro Gempak Universe 2010 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: