KUALA LUMPUR - Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) ketika ini sedang membida projek pembinaan bernilai RM600 juta.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Razeek Hussain berkata, keputusan pembidaan projek-projek ini yang mana kebanyakannya merupakan projek tempatan, akan diketahui dalam tempoh tiga bulan akan datang.
"Kami yakin mendapat projek bernilai kira-kira RM250 juta," katanya semasa taklimat media selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan itu di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: