Wednesday, June 23, 2010

Penghulu ditahan hutang lebih RM320,000

KOTA BHARU – Jabatan Insolvensi Negeri Kelantan semalam berjaya menangkap seorang penghulu yang disenaraihitamkan akibat tidak menjelaskan hutang melebihi RM320,000

Lelaki yang tinggal di Salor, dekat sini, ditahan jam 1.45 petang ketika dia ke tempat kerja isterinya di Bunut Payong selepas jabatan berkenaan menjejakinya lima tahun lalu.

Pengarah Insolvensi Negeri, Rohaiza Abd Rahman berkata, pihaknya menjalankan siasatan dan mengesan lelaki yang melakukan pinjaman dengan dua syarikat berlainan itu sejak tahun 2005 setelah mengumpul maklumat.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk menjejaki dia tetapi gagal dan kali ini kita berjaya menahannya selepas mengintipnya. Selepas beberapa minit berunding, dia setuju mengikut arahan, bagaimana pun dia merayu untuk tangguh tetapi anggota kami tetap membawanya ke muka pengadilan.

“Pihak jabatan juga menghantar waran tangkap sejak tahun 2005 dan notis tetapi tidak dihiraukan sehinggalah kita perlu menjalankan tindakan kerana dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 28 (1)(a) Akta Kebankrapan 1967,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Rahaiza memberitahu, ini adalah tangkapan pertama pada tahun ini dan pihaknya akan mempergiatkan lagi usaha untuk mengesan individu bankrap yang gagal hadir bagi memberikan kerjasama.

“Saya mengingatkan kepada mereka yang menerima notis tangkapan dan sebagainya supaya hadir di jabatan dengan segera untuk rundi-ngan sebelum mereka ditangkap.

“Walaupun pelbagai taktik yang digunakan untuk mengelirukan pihak jabatan antaranya menghantar balik notis dan tidak memberi sebarang respons tetapi jabatan akan tetap mengesan mereka ini,” kata-nya.

Rohaiza juga menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi untuk menahan individu yang tersenarai, jadi mereka perlu tampil bagi memudahkan siasatan dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: