Thursday, June 24, 2010

Pendedahan kerjaya

PELAJAR Asasi Sains, (dari kiri); Michelle Ng, Wong Mei See, Tan  Jiay Ying, Dilaasha Sathiaselvan dan Ng Zhi Sheng, mencuba kaedah  persampelan DNA menerusi salah satu bengkel diadakan sempena 'Experience  Your Future Day – Biosciences at a Glance' anjuran Taylor's  baru-baru ini.
PELAJAR Asasi Sains, (dari kiri); Michelle Ng, Wong Mei See, Tan Jiay Ying, Dilaasha Sathiaselvan dan Ng Zhi Sheng, mencuba kaedah persampelan DNA menerusi salah satu bengkel diadakan sempena 'Experience Your Future Day – Biosciences at a Glance' anjuran Taylor's baru-baru ini.
Kolej Universiti Taylor's anjur program disertai pakar industri

SERAMAI 125 pelajar program prauniversiti dan asasi mendapat pendedahan pengajian dan peluang kerjaya bidang Sains Bioperubatan menerusi bengkel 'Experience Your Future Day – Biosciences at a Glance' anjuran Kolej Universiti Taylor’s (Taylor’s), baru-baru ini. Program anjuran Pusat Pengajian Bioperubatan Taylor’s itu menggabungkan aktiviti interaktif, bengkel dan ceramah kerjaya mengenai pelbagai jurusan dalam Biosains termasuk Sains Bioperubatan, Bioteknologi, Sains Makanan, Biomolekul dan Farmaseutikal.Antara pakar industri yang memberi ceramah kerjaya sempena program itu adalah Naib Presiden Kanan II merangkap Ketua Quantum Leap Pusat Teknologi Sime Darby, Dr Harikrishna Kulaveerasignam dan Pengarah Urusan Kumpulan, Syarikat-Syarikat Kumpulan Teknologi Tinggi Pertanian Malaysia (MYRGI), Hayati Md Taib.

Dr Harikrishna menceritakan mengenai liku perjalanan menarik dari pengajian universiti hingga pengalaman kerjaya termasuk dalam pasukan penyelidikan di Pusat Teknologi Sime Darby sementara Hayati berkongsi pengalaman mengenai pengkomersialan dan penjanaan keuntungan dalam bidang bioteknologi.

Selain itu, peserta berpeluang mengikuti bengkel berkaitan industri biomolekul kendalian syarikat korporat terkemuka seperti MERKS Sdn Bhd (MERKS) , Bio-Rad Sdn Bhd (Bio Rad) dan Eppendorf Sdn Bhd.

Salah seorang peserta, Acacia Leong Tik Kay yang kini mengikuti program Cambridge A-Level, kagum dengan bengkel Bio-Rad bertajuk ‘Discovering DNA – Seeing is Believing’.
“Bengkel dan ceramah mereka sangat menarik dan memberi banyak pengetahuan. Saya mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai tugas dan tanggungjawab mereka yang bekerja dalam industri sains hayat dan peluang perniagaan berkaitan,” katanya.

Pelajar program Pra-Universiti Kanada, Ong Nian Yu, berkata bengkel MERKS bertajuk ‘It’s not the last meal yet’ memberinya pendedahan menarik mengenai teknologi terkini untuk melakukan ujian makanan.

Pusat Pengajian Sains Bioperubatan Taylor’s menawarkan program ijazah kembar dalam sains bioperubatan dan bioteknologi dengan kerjasama University of Queensland, Australia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: