Friday, June 4, 2010

Peluncur berkongsi pantai dengan jerung


GAMBAR menunjukkan seekor ikan jerung gergasi berenang dekat dengan peluncur-peluncur ombak di pantai di Porthcurno, Cornwall baru-baru ini.


TRURO - Sekumpulan peluncur ombak di Britain terpaksa berkongsi pantai dengan seekor jerung gergasi sepanjang lebih empat meter yang berenang mencari makanan, lapor sebuah akhbar semalam.

Jerung jenis basking itu berada di perairan cetek di pantai Porthcurno, di sini baru-baru ini dan menghampiri orang ramai yang berenang serta meluncur ombak kerana teruja dengan kehadiran mereka.

Walaupun berada dekat dengan manusia, para pengunjung pantai tersebut tidak berada dalam situasi berbahaya kerana ia tidak seperti jerung putih gergasi yang membaham manusia.

Jerung basking hidup dengan hanya memakan plankton dan ikan-ikan kecil.

"Saya rasa lebih banyak jerung basking dilihat di laut dalam tetapi jerung ini kelihatan menyukai tempat ini, Saya pernah melihatnya beberapa kali," kata seorang pengunjung yang merakam gambar ikan berkenaan, Rachel Hosken.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: