Wednesday, June 23, 2010

Pelacur China londeh seluar


SEORANG pelacur (kiri) bertindak melondehkan seluarnya selepas bengang gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Balai Polis Dang Wangi semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang daripada lima pelacur warga China menunjukkan aksi biadap apabila bertindak melondehkan seluar hingga menampakkan punggungnya sebaik menyedari gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Wanita terbabit bertindak demikian kerana bengang dengan tindakan jurugambar berkenaan yang tidak putus-putus merakam gambarnya sebaik dia dan rakan-rakannya turun dari kenderaan polis.

Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya memakan diri apabila dia dimarahi oleh pegawai polis yang mengiringi mereka ke lokap.

Kelima-lima wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas polis melakukan operasi di sebuah plaza di Jalan Pudu di sini kelmarin.

Ia ekoran pendedahan yang dibuat Kosmo! selama dua hari berturut-turut sejak Sabtu lalu mengenai kegiatan pelacur-pelacur berkenaan yang selamba menjual diri depan tandas pasar raya berkenaan.

Serbuan dibuat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi diketuai Cif Inspektor Rosmizan Abdul Wahab bersama lapan anggota.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa jam sebelum menahan suspek.

"Ketika diserbu, kesemua mereka termasuk pelanggan yang sedang berurusan melarikan diri," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: