|
|
KUALA LUMPUR - Seorang setiausaha mendakwa terpaksa hidup dalam ketakutan dan tertekan sejak 12 tahun lalu apabila dia kerap diganggu oleh seorang lelaki asing yang obses terhadapnya.
Lebih menakutkan apabila lelaki warga Amerika Syarikat itu didakwa menggunakan segala kemajuan teknologi untuk mengintip lokasi dan gerak geri mangsa yang telah berumah tangga termasuk di tandas dan bilik tidur.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai May Heng, 43, mendakwa dia tidak menyangka perkenalannya dengan lelaki tersebut ketika mereka terlibat untuk mengadili pertandingan nyanyian di syarikatnya di sini pada Oktober 1998 benar-benar menjerat dirinya.
"Selepas pertemuan itu, dia sering mengajak saya makan malam bersamanya tetapi saya menolak.
"Dia turut menghantar sekurang-kurangnya 5,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon," katanya ketika ditemui di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini semalam.
Jelas May Heng, walaupun telah pulang ke negara asalnya lelaki tersebut masih mengganggunya dan keadaan itu berlanjutan sehingga sekarang.
May Heng mendakwa, lelaki tersebut juga bertindak berani dengan menghantar SMS dan Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) berbaur lucah dan gambar bogel wanita lain.
"Dia turut mengintip dan mengawasi setiap pergerakan saya dan suami termasuk ketika berada di rumah menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS)," katanya.
May Heng menjelaskan, dia mengetahui mengenai perkara itu selepas mengupah seorang penyiasat peribadi untuk mengetahui bagaimana lelaki berkenaan boleh mengetahui di mana dia berada.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: