RAKYAT Malaysia memang gemarkan minuman buah-buahan tetapi perkara yang benar-benar membuatkan mereka teruja mengenainya adalah keseronokan mengunyah perahan isi buah-buahan yang dikecap oleh lidah mereka – suatu pengalaman yang bakal dinaikkan ke satu peringkat yang baru oleh Minute Maid® Pulpy™.
Minute Maid® Pulpy™ adalah minuman baru yang lazat dan menyeronokkan di Malaysia keluaran The Coca-Cola Company yang mempunyai perahan isi oren sebenar di dalamnya bagi melengkapi rasa minuman buah-buahan segar, semula jadi dan unik ini. Bagi mengecap rasa hebat dan pengalaman menakjubkan ketika menikmati Minute Maid® Pulpy™ pada bila-bila masa setiap hari, pengguna hanya perlu menggoncang botolnya sebelum meminumnya dan membiarkan perahan isi buah dinikmati oleh deria rasa mereka.
Minute Maid® yang dimiliki oleh The Coca-Cola Company dan dijual di lebih 100 buah negara adalah jenama jus buah-buahan dan sayur-sayuran 1 di dunia dan membuat penampilan rasminya di Malaysia dengan rangkaian minuman buah-buahan Minute Maid® Pulpy™ berperisa Oren dan Buah-buahan Campuran Tropika dalam botol 350 ml dan 1 liter.
Dihasilkan tanpa sebarang pewarna buatan atau pengawet tambahan, Minute Maid® Pulpy™ Oren diperbuat dari pati jus dan perahan isi oren dari dua rantau penanaman oren utama di dunia – USA dan Brazil – dengan tambahan Vitamin C. Sementara itu, minuman buah-buahan campuran Minute Maid® Pulpy™ Tropika mengandungi beberapa jenis buah-buahan – epal, oren, nanas, mangga, jambu batu dan buah markisah. Ia turut mengandungi perahan isi oren sebenar.
Bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai Minute Maid® Pulpy™ – yang kini nombor satu di China, Hong Kong dan Taiwan – sampel minuman buah-buahan ini akan diedarkan secara percuma sepanjang 12 bulan yang akan datang ini bagi menyegarkan deria rasa mereka.
”Pengenalan Minute Maid® Pulpy™ di Malaysia adalah permulaan bagi minuman baru yang menarik di bawah portfolio global kukuh The Coca-Cola Company yang kami bawakan bagi menyegarkan para pengguna di Malaysia,” kata Pengurus Besar Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd, Vamsi Mohan.
“Sebelum pelancaran ini, kajian kami menunjukkan bahawa pengguna memilih Minute Maid® Pulpy™ berbanding jenama jus terkemuka lain di Malaysia disebabkan oleh rasa segar, semula jadi dan uniknya. Pengguna gemarkan keseimbangan rasa manis-masam dan perahan isi yang ada di dalamnya. Kami yakin bahawa ia akan diterima dengan baik sama seperti di negara-negara lain di mana ia boleh didapati,” jelas Vamsi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: