Thursday, June 17, 2010

Melissa Maureen Sengsara Terkena Denggi

Melissa Maureen Rizal.

PELAKON Melissa Maureen Rizal terpaksa menanggung sengsara ketika berlakon drama Dendam Orang Minyak apabila terkena jangkitan demam denggi.

Melissa terpaksa menghabiskan beberapa hari di sebuah hospital ketika dia diperlukan menjalani penggambaran drama bersiri itu.

Ketika ditemui semasa sesi ramah mesra drama tersebut di Sri Pentas, Bandar Utama semalam, Melissa mengesahkan dia baru pulih daripada jangkitan penyakit berbahaya itu.

"Mula-mula, saya demam selama empat hingga lima hari. Lepas itu, timbul ruam-ruam panas pada tangan dan kaki. Bila ambil ujian darah, sah saya kena demam denggi.

"Doktor pun mengesahkan simptom itu akibat denggi. Oleh itu, saya ditahan di hospital selama dua, tiga hari," katanya kepada mStar Online.

Menurut Melissa, dia mungkin digigit nyamuk sewaktu menjalani penggambaran di sebuah hutan untuk drama bersiri 20 episod terbitan Suhan Movies itu.

Ketika mendapatkan rawatan di hospital, dia bimbang tidak dapat meneruskan lakonan tetapi syukurlah Melissa dibenarkan keluar sebelum penggambaran tamat.

Tambah Melissa dia hanya berdoa supaya cepat sembuh akibat penyakit berkenaan yang boleh membawa maut.

"Alhamdulillah, saya pulih sekarang," katanya.

Mengenai perkembangannya, Melissa begitu teruja menikmati proses pembesaran anaknya, Inca Medina, yang berusia setahun.

Dia turut memberitahu tidak menggaji pembantu rumah untuk menjaga anak kesayangannya kerana serik dengan kes penderaan dan pembunuhan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: