Friday, June 18, 2010

Markas buat bom dibongkar


sebahagian senjata dan barang yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Koperasi Cuepacs, Kajang semalam.


KAJANG – Sebuah rumah kedai di Taman Koperasi Cuepacs di sini yang sentiasa ditutup manakala penghuninya pula jarang kelihatan rupa-rupanya menyimpan rahsia besar.

Polis pada Selasa lalu mulanya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di tepi jalan tidak jauh dari kawasan rumah kedai itu pada pukul 3.30 pagi selepas lelaki terbabit disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Lelaki itu kemudian membawa pasukan polis yang diketuai Inspektor Faizal Yaakob untuk memeriksa kediaman lelaki itu yang terletak di tingkat satu rumah kedai dua tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, polis yang menyerbu rumah itu terkejut mendapati tujuh kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekeliling kediaman itu.

CCTV itu antaranya dipasang di bawah rumah itu, di tangga untuk naik ke rumah tersebut, di bingkai tingkap rumah itu.

“Pintu rumah itu juga lengkap dengan ciri-ciri keselamatan tinggi dan polis hanya boleh masuk selepas merampas kunci daripada suspek ditahan,” kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, di dalam rumah yang diserbu itu, polis menahan dua lagi lelaki dan seorang wanita.

“Polis merampas dua pucuk pistol termasuk satu pistol palsu.

“Turut ditemui dua butir bom tangan dan sebutir bom jangka hasil buatan sendiri,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: