Monday, June 14, 2010

Mariah Carey mengaku hamil

Penyanyi Mariah Carey sudah tidak mampu menafikan akan kehamilannya lagi.

Biarpun sebelum ini Mariah menafikan apabila ditanya sama ada sudah hamil kerana ada peminat yang ternampak kelibatnya mengunjungi sebuah klinik pakar, kini Mariah sudah sedia berdepan dengan realiti.

Mungkin sudah letih untuk terus menggeleng kepala apa lagi melihat perutnya yang semakin membesar, Mariah Carey telah membuat pengakuan secara rasmi akan kehamilannya itu.

Walaupun pada mulanya enggan menghebahkan berita gembira itu, penyanyi yang popular dengan lagu My All ini akhirnya beralah dan berkongsi yang mereka bakal menimang cahaya mata kepada beberapa sumber yang rapat dengan pasangan ini.

Mariah kini lebih banyak meluangkan masa untuk berehat dan telah menolak beberapa tawaran termasuk untuk berlakon filem terbaru iaitu Tyler Perry hanya kerana mahu menjaga kandungannya.

Seperti satu musim apabila kebanyakan selebriti Hollywood mengumumkan berita kehamilan mereka termasuk penyanyi Celine Dion yang kini hamil anak kembar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: