Monday, June 14, 2010

Lawak kreatif Din Beramboi dalam album istimewa

Bertempat di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, album kompilasi Sawancara di Riuh Pagi Era bagi memperingati hasil gurau senda kreatif dan terbaik yang selama ini telah dilakukan oleh Allahyarham Din Beramboi bersama teman sekontinya, Azil Hj Nawawi dilancarkan.

Bakat Din Beramboi yang unik dan tiada tandingan hingga mampu mencetus humor sepontan dikesan sejak bergabung bersama Aznil di konti radio Era, Januari 2009 lalu.

Album terbitan bersama KRU Studios dan ERA Muzik Terkini direalisasikan sebagai menghargai Din Beramboi pernah menceriakan rakyat Malaysia menerusi celotehnya.

Relevansinya, pendengar setia radio Era dan peminat tegar Din Beramboi tidak menolak akan penghasilan album cukup istimewa sebagai koleksi peribadi yang harus dimiliki.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata: “Hasrat untuk menerbitkan album kompilasi ini telah diutarakan kepada pihak Era sebelum Din Beramboi meninggal lagi, namun dalam pada proses berbincangan dilakukan Din Beramboi telah jatuh sakit dan telah pergi meninggalkan kita semua.”

Katanya, pPenghasilan album seperti itu bukanlah sesuatu yang aneh tapi ia amat jarang sekali diterbitkan.

"Memandangkan Din Beramboi mempunyai peminat tersendiri, malah tidak kurang juga Aznil, jadi ini adalah sesuatu yang terbaik untuk diabadikan buat peminat-peminat mereka,” katanya yang mensasarkan album ini terjual antara 5,000 hingga 10,000 unit.

Norman berkata, tujuan album tersebut diterbitkan bukan semata-mata untuk komersil tetatpi sebahagian hasil jualan album ini akan disalurkan kepada keluarga Din Beramboi.

Album kompliasi ini memuatkan 30 buah klip Din Beramboi dan Aznil berharga RM19.90 manakala album yang hanya memuatkan 15 buah klip berharga RM9.90 sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: