
Dengan itu, secara semulajadinya rakyat memandang institusi ini sebagai sumbar harapan yang menjadi salah satu wadah untuk mencari perlindungan, keadilan, menyerahkan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara.
Justeru, bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, program dokumentari Majalah 3 akan memaparkan segmen khas, 'Daulat Tuanku: Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada'.
Segmen yang disiarkan melalui program Majalah 3 itu akan disiarkan esok, jam 9.00 malam.
Walaupun sudah mengambil masa lebih kurang setahun untuk menyiapkan dokumentari ini, paparan itu merangkumkan kehidupan eksklusif di istana Raja-Raja Melayu termasuk juga kebudayaan, warisan istana dan seni bina yang masih ada.
Paling penting tumpuan untuk memaparkan hubungan istimewa antara istana dan jelata amat jelas sekali terbukti menerusi program televisyen.
Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, Majalah 3 memberikan kepelbagaian topik dalam paparannya setiap minggu. Namun, paparan kali ini begitu istimewa dengan mengajak penonton untuk lebih mengenali institusi pemerintahan beraja sekali gus merealisasikan mesej tiadanya perpisahan antara Raja dan rakyat.
“Bahan-bahan dan koleksi yang ditemui juga merupakan sumber sejarah yang amat berharga dan harus dipelihara supaya dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang,” katanya.
Antara paparan menarik yang anda tidak boleh lepaskan dengan menonton tarian tradisi istana iaitu Tarian Ayik Kelantan dan Tarian Gamelan Pahang.
Selain itu, turut dipertontonkan adalah alat muzik kebesaran diraja, nobat dan beberapa koleksi potret Raja-Raja Melayu.
Walaupun potret tersebut datang dari dalam dan luar negara tetapi ia bukan sahaja diabadikan menerusi lukisan, warkah atau foto tetapi juga melalui naskah satira dan mata wang.
Ia membentuk imej tersendiri dan juga begitu simbolik dalam membentuk lambang kepada institusi kesultanan sebagai kuasa politik dan sosial negara kita.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: