
Malah, air mata menjadi sebahagian dari teman setia tatkala mengharungi halangan yang pelbagai, tetapi dia tetap terus melangkah bagi meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi sedia ada, kini, Alyah penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang, boleh menarik nafas lega dan mengukir sebaris senyuman dengan karier nyanyian.
Bagi Alyah, apa yang dikecapinya pada malam akhir Gah 1 baru-baru ini adalah sebahagian dari motivasi untuk terus berjaya.
“Alyah tidak pernah mengharapkan untuk menang, apatah lagi menggondol lagu terbaik. Cuma persembahan Alyah tadi Alyah buat dengan penuh perasaan kerana selepas ini, tiada lagi pertandingan untuk lagu itu,” katanya yang ditemui media selepas berjaya menjulang lagu terbaik, Tak Mungkin Kerana Sayang dan turut mendapat persembahan terbaik.
Sebagai pemenang Alyah membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.
“Bagi Alyah, segala gosip yang timbul mengenai Alyah kebelakangan ini tidak pernah menyebabkan Alyah rasa kecewa, sebaliknya Alyah anggap sebagai asam garam dalam karier Alyah,” katanya.
Mengenai wang kemenangan yang diterimanya, Alyah berkata, ia akan digunakan untuk menampung pembikinan album terbarunya yang dalam proses rakaman.
“Album baru Alyah akan mengandungi enam buah lagu, dua lagu sudah siap dirakamkan, dua akan dirakamkan manakala dua buah lagu lagi sedang dalam proses mengumpul material,” katanya.
Menurutnya, wang itu juga akan digunakan untuk pembikinan video muzik dan kulit album.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: