Monday, June 14, 2010

Lepak bola di kedai mamak


MENONTON perlawanan bola sepak di kedai mamak merupakan satu fenomena di negara ini.


RAMAI yang bersetuju jika dikatakan kedai atau restoran mamak adalah tempat paling sesuai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Di restoran mamak, sekuat mana pun sorakan anda khalayak tidak rasa terganggu bahkan akan bersama-sama membingitkan suasana.

Sempena meraikan perlawanan Bola Sepak Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan, jenama dandanan lelaki, Brylcreem akan mengubah beberapa kedai mamak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk menjadi seperti medan bola sepak.

Selain daripada kepelbagaian sajian makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia, restoran-restoran makanan mamak terpilih juga akan dihiasi dengan bendera dan sepanduk bertemakan musim Piala Dunia.

Selain mengangkat suasana gila bola, pengunjung juga boleh merasai keseronokan melalui beberapa permainan sampingan dan memenangi produk barangan Brylcreem.

Antara acara-acara yang akan dianjurkan di restoran-restoran mamak terpilih ialah pertandingan bola sepak mini, menimang bola dan bola sepak laju.


KIRI: Sebahagian daripada menu baru yang ditawarkan sepanjang musim perlawanan bola sepak Piala Dunia di restoran- restoran mamak terpilih.


Menurut Pengarah Pemasaran Sara Lee Malaysia Sdn. Bhd., Low Chooi Hoon, antara sajian istimewa yang ditawarkan di restoran mamak terpilih ialah roti cannonball, mi atau nasi goreng bounz, roti bakar double trouble dan coklat atau teh tarik bounz.

"Menonton perlawanan hebat di dunia secara langsung melalui televisyen sambil bersantai dan bersembang bersama rakan-rakan kaki bola di restoran mamak sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan lelaki Malaysia.

"Menyedari bahawa golongan lelaki begitu berminat dan suka berkumpul untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang hebat, Brylcreem akan mewujudkan persekitaran dan suasana bola yang paling menarik di restoran mamak sempena kejohanan terunggul itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: