Tuesday, June 1, 2010

KPT tidak mansuhkan subsidi


MOHAMED KHALED (dua dari kiri) menyerahkan surat kelulusan menaik taraf Kolej Universiti INTI sebagai universiti swasta penuh kepada Dr. Anucia (tiga dari kiri) di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi tidak bercadang untuk memansuhkan subsidi yang diberikan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, biarpun cadangan pemansuhan subsidi secara berperingkat sedang hangat diperkatakan, namun ia tidak melibatkan subsidi yang diberikan kepada penuntut IPTA.

"Kenyataan ini dibuat bagi menghilangkan kebimbangan semua pihak terutama pelajar IPTA yang pasti risau jika pemansuhan subsidi membabitkan kepentingan mereka.

"Mereka tidak perlu bimbang kerana kita langsung tidak bercadang untuk memansuhkannya dan mereka akan tetap dikenakan yuran sama seperti sebelum ini," katanya selepas menyampaikan surat kelulusan menaik taraf Kolej Universiti INTI sebagai universiti swasta penuh dikenali Universiti Antarabangsa INTI di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: