Tuesday, June 1, 2010

7-Eleven tawar peluang perniagaan


SU ONN beramah mesra dengan pemenang peraduan yang dianjurkan 7-Eleven, Juliana Abdullah (dua dari kiri), Hor Li Lian, Yue See Nga dan Roslan Kasim di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 700 kedai serbaneka 7-Eleven sedia untuk difrancaiskan kepada usahawan yang berminat.

Pengarah Eksekutif 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd., Ng Su Onn berkata, buat masa sekarang terdapat 42 rangkaian 7-Eleven daripada 1,133 kedai di seluruh negara dibangunkan melalui program tersebut.

"Pada peringkat awal, kami menyasarkan 100 buah cawangan dikendalikan oleh francaisi pada tahun ini.

"Tetapi dengan kira-kira 140 permohonan daripada usahawan individu dan 50 ahli Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang sedang menjalani latihan, tidak mustahil ia boleh melangkaui jumlah itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah peraduan 'Kegembiraan Berganda' di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: