Wednesday, June 2, 2010

Kiwi bersihkan rumah secara percuma


AHMAD SHAHRIM (kiri) menghadiahkan Zurina sebiji kek dan sejambak bunga ros sambil kakitangan pencuci profesional membersihkan rumah mereka.


HADIAH paling bermakna kepada seorang yang bergelar isteri dan ibu adalah dengan menghargai pengorbanan dan sumbangannya kepada keluarga tersayang.

Rentetan daripada itu, Ahmad Shahrim Abdul Rashid mahu menghadiahkan sesuatu kepada isterinya, Zurina Hasbullah.

Ahmad Shahrim adalah antara tiga pemenang bulanan peraduan Pembersih Cekap Rumahku anjuran Kiwi Kleen. Beliau memenangi perkhidmatan pembersihan percuma untuk seluruh kediaman dua tingkatnya selain hamper barangan Kiwi Kleen bernilai RM500.

Sebagai penghargaan kepada Zurina, beliau menyertai peraduan tersebut yang memerlukannya menghantar slogan tertentu.

"Saya terkejut dan gembira ketika diberitahu bahawa Skuad Kiwi Kleen akan datang ke rumah. Mereka telah menjalankan tugas dengan baik dan isteri saya berpuas hati dengan hasilnya.

"Biasanya kami akan berkongsi menjaga kebersihan rumah. Isteri akan membersihkan bahagian dalam dan saya di luar rumah," kata bapa dua orang cahaya mata itu.

Menurut Pengarah Pemasaran Sara Lee Malaysia Sdn. Bhd., Low Chooi Hoon ia adalah salah satu usaha pihaknya bagi memberi penghargaan kepada wanita-wanita yang bergelar isteri dan ibu.

"Kami tahu terdapat ramai ibu-ibu yang sanggup menghabiskan masa dan bekerja keras bagi memastikan keadaan rumah bersih, kemas dan selesa," katanya.

Bagi menyertai peraduan yang menawarkan hadiah sesi pembersihan seluruh rumah yang dilakukan oleh pencuci yang dilatih secara profesional itu, pengguna hanya perlu menjawab satu soalan mudah dan lengkapkan dengan slogan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cara untuk mendapatkan khidmat pembersihan rumah secara percuma itu, anda boleh menghubungi talian khidmat pengguna Sara Lee di talian 1800-88-0081.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: