|
|
KEGHAIRAHAN wanita terhadap aksesori kristal dan batu-batu permata sememangnya tidak pernah surut apatah lagi dengan kemunculan rekaan-rekaan terbaru daripada pelbagai jenama.
Minat tersebut mendorong Bangsar Shopping Center (BSC) di Kuala Lumpur menghimpunkan beberapa jenama aksesori terkenal dalam Pameran Barangan kemas dan Fesyen BeDazzled yang menggabungkan rekaan moden dan tradisional sebagai pelengkap gaya.
Antara yang mendapat perhatian himpunan Amita Pearls yang menampilkan hiasan mutiara mewah meliputi cincin, gelang dan dan jam tangan. Begitu juga penampilan jenama terkenal dunia, Christofle dengan koleksi aksesori perak, Bijoux yang elegan selain disulami dengan kilauan barangan kemas dari Fa'iq Jewel, Elegance Club dan Gemma Discoveries.
Tidak ketinggalan Oriental Link yang menampilkan Barbara Hariss Water Jewels dengan himpunan eksklusif beg tangan berhias batu-baru permata, Michelangelo.
Jenama Mori Pin pula menampilkan artrisan terkenalnya, Jonathan Yun dengan rekaan kemas bertema alam semula jadi.
Sentuhan tradisional pula menampilkan Dodo Art Craft & Fashion, Ethnic Borders dan Poya. Bersesuaian yang elemen-elemen tradisional yang ada pada setiap rekaan, aksesori yang ditampilkan bersama padanan baju kurung dan kebaya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: