Tuesday, June 15, 2010

Kedudukan Malaysia meningkat Tahap Dua


HISHAMMUDDIN menunjukkan surat makluman dari Duta Amerika Syarikat berhubung kes pemerdagangan orang di Malaysia di Parlimen semalam.


KUALA LUMPUR - Malaysia kini berada pada Tahap Dua berdasarkan Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2010 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat atas usahanya yang signifikan untuk mematuhi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui surat dari Kedutaan Amerika Syarikat semalam.

"Ini merupakan pengiktirafan kepada kita yang telah membuat akta (Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007), mewujudkan Majlis Antipemerdagangan Orang dan tindakan nasional yang melibatkan kementerian berkaitan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: