Friday, June 25, 2010

Kaunseling mingguan Eminem


EMINEM


PENYANYI rap, Eminem telah mendedahkan bahawa dia perlu berjumpa dengan kaunselor setiap minggu supaya dia tidak terjebak semula dengan penggunaan dadah.

Dia yang memasuki pusat pemulihan pada tahun 2005 kerana penagihan dadah memberitahu sesi itu serta perasaan cinta anaknya telah membantu dia berjauhan daripada dadah.

Katanya: "Bagaimana saya dapat kekal waras? Anak-anak saya dan saya berjumpa dengan kaunselor setiap minggu. Sudah dua tahun saya tidak menyentuh dadah."

Eminem mempunyai seorang anak perempuan, Hailie, 14, selain anak lelaki dengan bekas isterinya, Kimberley Anne, Scott. Dia juga memelihara dua anak angkat iaitu Aliana dan Whitney . Penyanyi itu juga merupakan penjaga sah kepada adik tirinya, Nathan.

Eminem mengakui bahawa ketagihan yang dialaminya itu hampir meragut nyawanya pada tahun 2005. Penyanyi berusia 37 tahun itu baru sahaja mengeluarkan album terbarunya, Recovery yang menceritakan tentang pengalaman dirinya dan dadah.

"Saya mengambil pelbagai jenis dadah yang menyebabkan saya terlebih dos. Ketika itu, saya boleh mengambil seberapa banyak pil yang dikehendaki. Pertama kali saya memasuki pusat pemulihan adalah di Brighton, Michigan.

"Kali kedua, saya tidak pergi ke pusat pemulihan dan hanya memasuki hospital biasa. Perut saya dicuci untuk membersihkan toksik," jelas Eminem.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: