Monday, June 21, 2010

Kate - Matthew berpacaran


KATE HUDSON


AKTRES Kate Hudson memang diketahui suka menjalinkan hubungan dengan rockers. Malah sebelum ini, dia pernah berkahwin dengan anggota kumpulan rock, The Black Crowes, Chris Robinson dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Ryder, 6 tahun. Bagaimanapun mereka bercerai pada tahun 2006.

Terbaru, aktres ini dilihat sedang bermain cinta dengan ketua kumpulan Muse, Matthew Bellamy yang juga merupakan vokalis, pemain gitar dan komposer dari kumpulan rock terkenal British.

Menurut saksi, Kate dikatakan sanggup menghabiskan masa untuk menghadiri dua buah konsert kumpulan di Paris dan bersesak dengan lebih 8,000 penonton di Stade de France sebagai tanda sokongan.

"Kemudian mereka dilihat menghabiskan masa bersama dengan bersiar-siar di kawasan Place Vendome dan sekitar Paris. Mereka nampak sungguh romantik seperti satu pasangan," ujar sumber tersebut lagi kepada majalah People.

Saksi tersebut turut mendakwa, Kate dan Matthew menghabiskan masa daripada tengah hari hingga petang dan menyudahi hari mereka dengan memerhatikan matahari terbenam.

"Bagaimanapun mereka beredar selepas menyedari diekori jurugambar," kata saksi itu.

Terdahulu sebelum ini, Kate juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pemain bola lisut, New York Yankees, Alex Rodriguez. Namun hubungan mereka berakhir tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: