Tuesday, June 22, 2010

Israel tetap berdegil


SEORANG kanak-kanak Palestin berjalan dekat runtuhan sebuah rumah di kawasan kediaman di Silwan, Baitulmuqaddis semalam.


BAITULMUQADDIS - Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis semalam menyatakan pembinaan sebuah taman arkeologi baru akan diteruskan sekali gus bakal mencetuskan situasi tidak stabil di sini.

Kebimbangan itu wujud kerana pembinaan taman berkenaan akan menyebabkan 22 buah rumah milik penduduk Arab perlu dirobohkan.

Menurut seorang jurucakap Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis, pihak jawatankuasa perancangan dan pembinaan majlis tersebut telah meluluskan projek taman arkelologi itu yang dikenali sebagai Gan Hamelech.

Pada Mac lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meminta Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat untuk membekukan projek itu bagi mengelak konflik di sini.

Sebelum ini, beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) mendesak Israel untuk tidak merobohkan rumah penduduk Arab itu kerana ia akan menjejaskan lagi proses perdamaian di Asia Barat.

"Perdana Menteri telah meminta projek itu ditangguhkan bagi membolehkan dialog dengan penduduk diadakan. Proses itu telah pun selesai dilakukan," kata jurucakap tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: