|
|
JAKARTA - Selebriti Indonesia, Cut Tari mengaku bahawa wanita dalam satu klip video lucah yang tersebar di Internet kelihatan mirip seperti dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang pernah menjadi pengacara televisyen membuat pengakuan itu kepada polis.
"Dia (Cut Tari) menyatakan memang (perempuan dalam video) miripnya," kata seorang pegawai polis, Marwoto yang memetik kenyataan Cut Tari kepada wartawan.
Namun katanya, Cut Tari menyatakan walaupun wanita tersebut mirip dirinya, ia belum membuktikan bahawa dia terlibat dalam video tersebut.
Menurutnya, polis memerlukan sedikit masa lagi untuk menyiasat identiti pasangan dalam klip video yang menggemparkan rakyat Indonesia itu.
Cut Tari menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini selepas satu klip video menunjukkan terdapat seorang wanita mirip dirinya sedang melakukan hubungan seks dengan vokalis band Peterpan, Ariel.
Selain klip video mirip Cut Tari itu, polis Indonesia turut menyiasat satu lagi klip video yang menampilkan pasangan mirip aktres Luna Maya dan Ariel.
Mengulas mengenai kes tersebut, polis memberitahu, penyanyi berkenaan dan kekasihnya itu akan dipanggil untuk menjalani ujian suara bagi mengesahkan sama ada mereka merupakan pasangan dalam klip lucah berkenaan.
Cut Tari adalah bekas kekasih Ariel manakala Luna Maya merupakan kekasihnya sekarang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: