Monday, June 14, 2010

Home-mart + untuk golongan muda


SUSUN atur produk elektrik dan elektronik yang sistematik serta layanan mesra di Home-mart+ telah memudahkan pelanggan membuat pilihan yang tepat.


KUALA LUMPUR - Home Mart Plus (M) Sdn. Bhd. (Home-mart +), gedung yang menawarkan rangkaian barangan elektronik dan elektrik menyasarkan pembukaan lima buah cawangan menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, K.H. Lim (gambar) berkata, pembukaan setiap cawangan itu membabitkan kos pelaburan di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta yang turut meliputi kos barangan dan pengubahsuaian premis.

"Home-mart + merupakan gedung barangan elektrik dan elektronik dengan konsep kos rendah dan ia merupakan sebuah konsep perniagaan yang terbukti berjaya di Jepun,'' katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Rangkaian Home-mart+ pertama telah dibuka di Bukit Tinggi, Klang pada 10 Jun lalu.

Sasaran pasaran gedung terbaru itu ditumpukan kepada mereka yang berusia di antara 20 tahun sehingga 40 tahun dan 65 peratus daripadanya ialah golongan bumiputera.

Mengulas mengenai kelainan di Home-mart+, beliau berkata, barangan yang ditawarkan sama kualitinya dengan produk berjenama terkenal di pasaran.

"Harga barangan adalah sama seperti pesaing kami di pasaran namun di Home-mart+, ia menawarkan penjimatan kepada pelanggan menerusi sistem rebat.

"Setiap pembelian barangan, pelanggan berpeluang menikmati penjimatan di antara empat peratus sehingga 15 peratus harga barangan dan penjimatan ini akan dikreditkan dalam sebuah kad keahlian khas yang dikenali sebagai Home PointCard," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: