Wednesday, June 23, 2010

Gubahan perlu cantik, menarik

MINAT menggubah sama ada menghasilkan hiasan dinding, bunga ataupun hantaran menyediakan banyak peluang kepada Nurhairani Hood mengetengahkan bakatnya dalam bidang berkenaan.

pix_middle
pix_topright
Menariknya, dia tidak pernah menghadiri sebarang kelas insentif tetapi hanya belajar mengikut kreativiti sendiri. Idea untuk mempelbagaikan bentuk gubahannya pula hanya melalui pemerhatian.

Walaupun memulakan perniagaannya itu hanya secara dalam talian, ia banyak membantu memperkenalkan hasil ciptaannya kepada umum.

Malah, selepas empat tahun berkecimpung dalam bidang gubahan berkenaan, dia kini mampu berbangga kerana gubahannya semakin diterima ramai.

"Persaingan daripada penggubah lain menyebabkan saya juga perlu bersaing untuk mendapat tempat di hati pelanggan.

"Malah, bentuk, corak dan rekaan yang dihasilkan perlu terkini serta menepati keperluan pelanggan."Paling penting, hasil gubahan itu mesti menarik dan cantik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pandan Indah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Menurutnya, antara elemen penting dalam setiap gubahan adalah penggunaan bunga hidup sebagai bahan utama.

"Ini kerana warnanya senang untuk dipadankan dengan hiasan lain. Jika menggunakan bunga plastik, mungkin ia mengambil masa agak lama untuk memadankan warnanya," katanya.

Antara trend yang agak menarik adalah penggunaan buah-buahan segar sebagai hiasan di meja pengantin. Pelbagai jenis buah-buahan yang mudah didapati di pasaran boleh dijadikan hiasan yang mudah disediakan itu.

Ikuti langkah mudah menyediakan gubahan meja pengantin menggunakan buah-buahan segar disediakan Nurhairani.

1. BAHAN...sediakan anggur hijau dan merah, nanas, strawberi, daun sup, lidi sate, mangkuk, span basah dan kertas aluminium.
2. BUANG...tangkai buah strawberi dipotong.
3. POTONG...nanas dipotong bagi membentuk kelopak bunga.
4. CUCUK...buah-buahan segar dicucuk pada lidi.
5. CAMPUR...cucukkan nanas bersama anggur bagi membentuk bunga.
6. BALUT...span yang dibasahkan tadi dibalut dengan kertas aluminium untuk digunakan sebagai tapak gubahan.
7. SUSUN...buahan-buahan disusun mengelilingi span mengikut kreativiti.
8. PENUHKAN...setiap sudut span dipenuhkan dengan buah-buahan.
9. TAMBAHKAN...daun sup digunakan untuk melindungi bahagian bawah gubahan, diletakkan sekitar kawasan terbuka pada mangkuk.
10. RAPIKAN...jumlah buah-buahan digunakan mengikut saiz mangkuk, jika besar jumlahnya lebih banyak untuk memadatkan gubahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: