Monday, June 7, 2010

Fesyen selembut Johnson


Para selebriti bergambar ramai bersama pereka, Azalea Ramli dan Yasmin Putri (dua dan tiga dari kiri) dan Carven Ong (empat dari kiri).


KOLABORASI fesyen dan produk penjagaan kulit memang jarang dilakukan. Namun inisiatif terbaru Johnson’s - jenama yang sinonim produk penjagaan tubuh kanak-kanak - untuk mencari titik pertemuan antara kedua elemen ini nyata membuah hasil yang mengujakan.

Sebanyak 32 rekaan pakaian gabungan kreativiti pakar busana perkahwinan Carven Ong dan sepasang kembar bakat baru dalam seni rekaan fesyen, Azalea Ramli dan Yasmin Putri yang membawa jenama PU3, telah diperagakan oleh 16 selebriti tempatan dalam majlis gilang-gemilang di gedung beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Acara tersebut diadakan sempena meraikan pelancaran rangkaian Johnson’s Body Care, losen penjagaan badan untuk dewasa pertama di Malaysia.

Menampilkan fabrik sifon dengan warna-warna lembut seperti merah jambu, krim dan biru cair memberikan pengertian akan kelembutan rangkaian losen penjagaan badan dewasa Johnson.

Carven Ong berkata, ciri-ciri kewanitaan dan kelembutan menjadi elemen dalam rekaannya.

‘‘Saya percaya bahawa fesyen yang hebat bermula dengan kulit yang cantik dan lembut.

“Kulit yang cantik adalah seperti aksesori yang diinginkan setiap wanita bagi dipadankan dengan pakaian mereka,’’ jelas Carven mengenai koleksinya.

Sementara itu, pasangan kembar Azalea dan Yasmin Putri yang bergabung sebagai PU3, turut teruja kerana berpeluang melibatkan diri dalam projek ini.

“Rekaan kami biasanya moden dan berbeza. Kami gembira kerana kami berjaya menampilkan kelembutan dalam pertunjukan ini sambil mengekalkan sentuhan rekaan asal kami,’’ kata Azalea.

Pasangan yang pernah memenangi anugerah bakat baru pada Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia tahun lepas kini sibuk meluaskan rangkaian fesyen mereka.

Kesemua 32 rekaan pakaian ketiga-tiga pereka tersebut boleh dimenangi melalui peraduan Johnson‘s Body Care.

Kesemua rekaan tersebut diperagakan oleh selebriti tempatan termasuk Miss Malaysia Universe 2007, Deborah Henry, Juliana Evans, Irma Hasmie, Yasmin Hani, Scha Alyahya, Marsha Londoh dan Shasha Basir.

Sementara itu, Pengarah Pengurusan Johnson& Johnson, Jocye Lee berkata, usaha menggabungkan kehalusan kulit dengan fesyen adalah sebagai penghargaan kepada wanita yang sememangnya mementingkan kedua-dua elemen itu.

“Kami memahami setiap wanita menginginkan kulit yang lembut sebagaimana mereka menggemari fesyen.

“Gandingan itu cuba kami tonjolkan pada pelncaran losen Johnson’s Body Care hari ini,” katanya.

Menurutnya, losen terbaru itu dirumus untuk menjadikan kelembapan dan kehalusan kulit semakin ketara.

Ia dihasilkan bagi memulihkan kulit yang kusam dan kering secara mendalam dan mudah.

Rangkaian ini mempunyai tiga jenis losen yang berbeza, iaitu 24 Hours Lasting moisture Body Lotion, Melt Away Stress Daily Calming Lotion dan Naturally White Daily UV Lotion.

‘‘Kami menggabungkan kebaikan shea butter, vitamin E dan minyak jojoba untuk bertindak lembut bagi memulihkan kulit yang tegang, kusam dan kering dan memberikan keyakinan sepanjang hari,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: