CAP PINEDE, Perancis - Beberapa imej yang menunjukkan detik-detik sebuah van keselamatan membawa wang tujuh juta euro (RM28.1 juta) diserang sekumpulan perompak disiarkan oleh beberapa buah akhbar semalam.
Perompak-perompak yang lengkap bersenjata itu melarikan semua wang di dalam van berkenaan di bandar ini, Marseille, selatan Perancis baru-baru ini.
Dengan memakai topeng dan membawa raifal AK-47, 12 anggota geng perompak itu memperdayakan pengawal-pengawal dalam van tersebut dengan membakar sebuah trak yang diletakkan berhampiran dengannya.
Mereka kemudian melepaskan tembakan terhadap pemandu dan pengawal-pengawal keselamatan dalam van itu sebelum melarikan wang berkenaan dengan menggunakan sebuah kereta Audi berwarna hitam.
Namun, tiada sesiapa yang cedera dalam insiden rompakan tersebut.
Polis Perancis sedang memburu perompak-perompak tersebut yang dipercayai sebahagian daripada sebuah kumpulan penjenayah yang terlatih dan profesional.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: