Johan Raja Lawak
Begitulah suara rungutan dan bunyi macam nak marah-marah saja kawan baik Cik Normah ini. Daripada yang dikatakan oleh kawan kita itu, memang Cik Normah tak kuasa betul dengan si Johan Raja Lawak, yang perasan bagus dan popular itu. Mentang-mentang ‘job’ banyak, bolehlah berlagak kata tak perlukan media. Tapi apabila sudah kena baling gelas, berjahit dahi, pandai pula panggil media ramai-ramai nak suruh buat cerita dia. Bila sudah susah macam ini, baru tahu nak cari kami. Tak ke menjilat ludah sendiri namanya tu. Masa senang, bukan main berlagak. Padahal nak kata hebat sangat, tidaklah sehebat mana. Setakat mengacarakan satu dua program, dan berlakon satu dua drama sudah mula nak cakap besar tak tentu pasal. Sudahlah tu, jika nak dikira pengalaman dalam industri, si Johan ini bolehlah dikira baru sangat tapi lagaknya macam orang yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam industri. Artis yang sudah lama pun tak berlagak sepertinya. Kita ambil saja contoh terdekat iaitu rakan seperjuangannya si Zizan. Walaupun namanya semakin meningkat tetapi Cik Normah tengok Zizan amat merendah diri. Tidaklah seperti Johan yang berlagak tak tentu hala.
Setakat ini kita dengar sebelah pihak saja iaitu dari Johan. Cik Normah belum dengar penjelasan daripada penerbit dan pengarah yang setakat ini berdiam diri saja. Mungkin tak kuasa atau buang masa nak balas kenyataan atau dakwaan Johan.
Johan pun sudah kata nak saman pihak syarikat penerbit dan pengarah sampai RM1 juta. Jadi, sama-samalah kita tunggu apa kesudahannya nanti. Kata orang putih, see you in court!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: