Thursday, June 10, 2010

Delima penyembuh ajaib

SEJAK berkurun lamanya, buah delima menjadi pilihan daripada hidangan ke rutin penjagaan diri bagi kalangan bangsawan Greek hingga ia kerap digelar buah diraja.

PRODUK INOVATIF...Pure Beauty daripada Watsons guna teknologi nano  Sistem 3-Dimensi Vektor.
PRODUK INOVATIF...Pure Beauty daripada Watsons guna teknologi nano Sistem 3-Dimensi Vektor.

BERKHASIAT...delima menampung 40 peratus vitamin C harian bagi  orang dewasa. FOOD...Pomegranate Hair Line bantu atasi rambut gugur dan  bermasalah. FOOD...Pomegranate Hair Line bantu atasi rambut gugur dan  bermasalah. FOOD...Pomegranate Hair Line bantu atasi rambut gugur dan  bermasalah.


BERKHASIAT...delima menampung 40 peratus vitamin C harian bagi orang dewasa.
Ia dikatakan berasal dari Iran hingga ke daerah Himalaya membawa ke utara India dan disebarkan ke seluruh kawasan Mediterranean, Asia Tenggara, Timur Hindi dan Afrika. Pokok delima kemudiannya diperkenalkan di California, Amerika Syarikat oleh peneroka Sepanyol pada 1769.

Tarikannya bukan sekadar pada rupa dan rasanya, namun delima turut dilaporkan membantu untuk menyembuh dan memulihkan masalah kesihatan terutama membabitkan kecantikan kulit.

Selepas kali pertama ia ditemui di Persia lebih 5,000 tahun lalu, delima bukan sekadar dijadikan makanan tapi turut bertindak sebagai ejen terapeutik dan penyembuh ajaib dalam perubatan tradisional untuk kebanyakan masalah kesihatan.

Sama seperti teh hijau, delima mengandungi kandungan polifenol yang tinggi iaitu antioksidan berkuasa untuk membantu menstabilkan radikal bebas dalam kulit, sekali gus mengelakkan penuaan tidak matang, serangan jantung dan barah.

Malah, delima menjadi satu daripada bahan perubatan tertua di dunia. Legenda perubatan Greece, Hippocrates menggunakan buah delima untuk melegakan kerengsaan mata dan membantu pencernaan.

Sebiji delima dikatakan mampu menampung keperluan sekurang-kurangnya 40 peratus vitamin C harian yang diperlukan oleh orang dewasa, di samping kaya dengan asid folik.

Kini, pelbagai kajian sudah membuktikan delima mungkin layak diangkat sebagai satu bahan utama untuk melawan kedutan dan garis halus di muka.Sari minyak di dalamnya dipenuhi nutrien peningkatan tenaga serta antioksidan yang bertindak membantu melindungi kulit, membersih, memulih, meneutral dan memberi nafas baru kepada kulit.

Di Barat, barangan penjagaan kulit berasaskan delima sering mendapat sambutan hangat dan makin ramai pengeluar kosmetik menggunakan sebaiknya kelebihan buah itu dalam rangkaian produk mereka.

Namun, wanita Malaysia turut berpeluang menikmati kesannya kala rangkaian penjagaan muka Pure Beauty daripada Watsons menjengah pasaran tempatan.

Pure Beauty menawarkan kaedah baru dan inovatif dalam rutin penjagaan kulit muka menerusi teknologi nano dan Sistem 3-Dimensi Vektor yang bergabung dengan penggunaan bahan semula jadi.

Teknologi ini membantu kulit meresap bahannya dengan lebih baik dan selamat sehingga ke lapisan ke-10 kulit, lalu memaksimumkan efek komponen di dalamnya dan menyerlahkan kulit yang lebih lembut.

Rangkaian Pure Beauty menampilkan set penjagaan lengkap pada harga berpatutan. Pembersih 2-dalam-1, penyegar, krim pelembap siang dan malam, krim mata dan esen boleh diperoleh pada harga antara RM19.90 ke RM43.90.

Sementara itu, kegunaan delima tidak terhad untuk kulit muka apabila kelebihan yang ada padanya diperluaskan lagi ke rangkaian penjagaan rambut.

Skin Food tampil dengan Pomegranate Hair Line yang membantu mengatasi masalah keguguran rambut. Dengan hanya tiga langkah mudah, rangkaian ini bertindak secara membersih, melembap dan memulihkan struktur kulit kepala bagi menjana pertumbuhan rambut.

Eksekutif Pemasaran Skin Food (Malaysia) Sdn Bhd, Marsha Lim, Pomegranate Hair Line ini bukan saja memberi perhatian kepada kulit kepala malah menggalakkan pengaliran darah di kawasan kepala lalu membolehkan nutrien delima di dalamnya meresap dengan baik.

"Pomegranate Hair Line adalah produk pertama di pasaran tempatan yang menggunakan delima untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Ia membantu menggalakkan pertumbuhan rambut serta mengurangkan masalah seperti kegatalan, keguguran dan keradangan.

"Penggunaannya juga mudah dan boleh digunakan setiap hari. Apabila kali pertama menggunakannya, anda boleh lihat rambut makin lembut dan mudah diurus, ditambah dengan haruman delima yang menyegarkan," katanya.

Syampu Hair Loss Care Liquid dan Pomegranate Scalp Care Hair Pack (pelembap) boleh digunakan dalam setiap mandian manakala tonik Pomegranate Scalp Care digunakan hanya dua kali seminggu.

Rangkaian penjagaan rambut ini boleh didapati di kaunter Skin Food seluruh Malaysia pada harga antara RM76.90 ke RM96.90.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: