|
|
SELEPAS dilanda kontroversi skandal seks, Edison Chen kini bangkit dengan semangat baru dengan mengumumkan pelancaran album baru Oktober ini bagi mengubat rindu terhadap dunia nyanyian.
Malah, pelakon popular Hong Kong itu juga mengaku, keseluruhan lagu yang dihasilkan dalam album itu adalah curahan hatinya kepada peminat-peminat setianya.
“Album baru saya kelak sangat istimewa kerana ia mengandungi segala isi hati saya kepada para peminat dengan 80 peratus daripadanya adalah dalam bahasa Mandarin dan 20 peratus lagi dalam bahasa Kantonis,” katanya.
Penyanyi berusia 29 tahun ini juga memberitahu, dua tahun lalu dia penah diminta untuk mengadakan persembahan bagi beberapa acara tertentu, tetapi terpaksa menolak permintaan itu kerana enggan menyanyikan lagu-lagu lamanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: