BANK BPS SA di Poland mendakwa ia merupakan bank pertama di Eropah menggunakan titik tunai biometrik untuk memudahkan pelanggannya menjalankan urus niaga di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Teknologi tersebut membenarkan pelanggan-pelanggan menggunakan cap jari mereka berbanding kad ATM untuk mengeluarkan wang dengan mudah dan selamat.
"Bank kami adalah yang pertama menawarkan perkhidmatan ini di Eropah untuk memastikan keselamatan urus niaga dan kod rahsia pelanggan terjamin.
|
|
"Terima kasih kepada sistem yang dapat mengimbas pembuluh darah di jari-jari sekali gus membenarkan pelanggan-pelanggan mengeluarkan wang mereka," kata Timbalan Presiden Bank BPS SA, Krzysztof Jagielski.
Mesin berkenaan yang mengimbas rangkaian unik urat di hujung jari dibangunkan Wincor Nixdorf berasaskan teknologi urat jari (finger vein) yang dibangunkan syarikat gergasi Jepun, Hitachi.
Walaupun teknologi berkenaan masih baharu di Eropah, ia sudah digunakan dengan meluas di negara Jepun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: